Harian Metro, 29 November 2004

Bibliographic Details
Main Author: Isma Ismail, Norhayati Nordin
Other Authors: Norhayati Nordin
Format: Book
Published: Kuala Lumpur : NSTP , 2004
Table of Contents:
  • ops sikap yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 masih belum mampu menjadikan pengguna jalan raya sebagai pemandu bersikap 'terpuji' apabila kadar kemalangan dan kematian masih tinggi. Operasi khas yang masuk kepada Ops sikap VII belum mampu meraih komitmen pengguna jalan raya hingga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan kaedah bayar saman RM300 serta-merta di tiga lokasi sepanjang laluan dari Utara ke Selatan iaitu di Tapah (Perak), Air Keroh (Melaka) dan Tangkak di Johor. Sepanjang operasi membabitkan kira-kira 5000 pegawai dan anggota trafik, termasuk polis daerah serta dua helikopter dari Unit Udara PDRM, polis menggabungkan operasi statik rondaan dan saman bagi mendidik pemandu selain mengenakan kompaun maksimum RM300 kepada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya.